Tatabahasa

Kepentingan Tatabahasa

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu.

Tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
-Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain.
-Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya.
-Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
- Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka suka belajar mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka).



PANDANGAN SARJANA MENGENAI TATABAHASA


- Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang.
- Diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik.
-Mempelajari tatabahasa dan tidak menghafaz peraturan dan undang-undang tetapi berdasarkan contoh yang sesuai.
-Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan peraturan dan undang sesuatu bahasa.



Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Kerja

Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:
Kata Kerja Transitif
Penggunaan
Ayat Contoh
Membuang sampah, mengayuh basikal, memandu kereta
Kata kerja yang mesti diikuti objek untuk melengkapkan maksudnya.
Shahin sedang membuang sampah ke dalam tong sampah.
Kata Kerja Tak Transitif
Penggunaan
Ayat Contoh
makan, pulang, berenang, menari
Kata kerja yang tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.
Jia Jun sedang berenang.
Latihan 1 – Gariskan kata kerja yang sesuai.
1. Kakak sedang ( menonton , mengelap ) tingkap.
2. Saya suka melihat adik saya ( masuk, ketawa ).
3. Ayam jantan itu ( berkokok, berbaris ) setiap pagi.
4. Wei Hong (terlupa, terambil ) membawa buku latihan ke sekolah.
5. Encik Ali suka ( bersiul, berbaring ) semasa mengayuh basikal.
6. Ibu ( berpesan, berjalan ) kepada abang supaya rajin belajar.
7. Datuk suka ( bersenam, berniaga ) pada setiap pagi.
8. Anggota bomba sedang (memandi, memadamkan ) kebakaran itu.
Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran_wongpeiyin from wongpeiyin Imbuhan Awalan 

5 comments: